Best Blogger Template

Contoh-contoh karya

Read More

Pengenalan Cetakan



Di Malaysia, karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan sudah tidak asing lagi dan tidak dapat dinafikan juga bahawa seni cetak ini merupakan seni lukis yang popular di kalangan pelukis sama ada di dalam Negara atau di luar Negara.

Cetakan dapat didefinasikan sebagai proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan atau proses menekap huruf dan gambar di atas kertas, kain dan di dinding. Dalam penghasilan karya cetakan, permukaan blok akan diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dipindah dan dicetak di atas kertas, atau bahan lain. Cetakan yang biasa dihasilkan adalah menggunakan pelbagai teknik dan media. Teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan atau relif, cetakan planograf atau litografi, dan cetakan sutera saring. Manakala media yang biasa digunakan adalah syelek, lino, lekar dan media campuran, lino, lekar dan media campuran.

Keistimewaan seni cetakan ialah blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut sebagai edisi. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.
Kebanyakan pelukis atau pengkaryanya suka menghasilkan karya cetakan sendiri dengan cara untuk memikir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri. Hal ini kerana mereka boleh mendapat kefahaman secara mendalam dan ingin mengalami keseronokan serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakannya. Pengalaman yang semakin banyak bukan sahaja dapat keseronokkan dan pengalaman, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran yang tinggi serta dapat mencipta karya dengan penggunaan pelbagai alat, media dan teknik. Rentetan itu, para pelukis dapat menggunakan sepenuhnya sesuatu media dalam mencipta karya-karya yang bermutu tinggi dan nilai estetik sesuatu karya juga dapat meningkat.

Read More

Sejarah Cetakan


Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.

Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.

Read More

Kritikan Karya cetakan Tempatan


Tema : Brobak Birds Competition
Tahun : 1966
Pengkarya : Tan Tee Chie
Size : 48 x 63 cm
Tan Tee Chie merupakan seniman cetakan yang popular sejak permulaannya seni cetak di Malaysia. Misalnya karya cetakan di atas yang bertemakan “Brobak Birds Competition” iaitu Pertandingan burung-burung Brobak. Karya ini adalah berdasarkan tema kebudayaan dan suasana pertandingan burung-burung brobak di sesebuah kampung. Karya ini terdapat ramai peminat burung brobak yang sedang menyaksi pertandingannya, terdapat juga banyak burung brobak serta tiang-tiangnya.

Karya ini terdapat pelbagai jenis garisan iaitu garisan nipis, tebal, titik, melengkung, dan melintang. Kesemua garisan ini dapat memberi kesan ilusi dalam ruang yang terbuka dan dapat menimbulkan bentuk. Selain itu, unsur perspektif satu titik lenyap juga dapat dilihat menerusi karya ini, yakni objek yang berada di bahagian depan iaitu penonton dan juga peserta kelihatan lebih besar, manakala objek yang berjauhan kelihatan lebih kecil. Di samping itu, karya ini juga dipengaruhi dengan aliran Romantisme, yakni terdapat sepohon pokok yang kelihatan besar sedangkan objek yang berdekatan kelihatan kecil sahaja dan ini sekali gus terdapat unsur kontra dalam karyanya.

Segi interpretasi pula, seniman ini hendak menyampaikan keadaan atau suasana pertandingan burung-burung Brobak di sesebuah kampung, seniman ini juga menghasilkan karya yang bersifat dekoratif sehingga ia dapat menunjukkan keharmonian hidup dan keunikan alam sekitar yang terdapat di kampung. Selain itu, seniman juga hendak menyampaikan mesej bahawa masyarakat di kampung itu minat membela burung brobak sehingga ia dapat menjadi satu aktiviti kampung serta menjadikannya sebagai satu pekerjaannya.

Dari segi pertimbangannya, formalism yang wujud berasaskan kemeriahan pertandingan yang turut dihadiri dengan ramai penonton dan suasana harmoni yang terdapat di kampung. Oleh itu, seniman ini memang berjaya menyampaikan mesej.


Tema : Kedai Makan, Nescafe, Petronas dan Camel
Tahun : 2009
Saiz : 24” x 35”
Pengkarya : Azian Tahir

Karya ini menunjukkan sebuah kedai makan yang bertingkat dua. Di samping dari segi visual imej, karya ini juga terdapat banyak tulisan iaitu Kedai makan, Nescafe, Petronas, dan Camel yang merupakan tema karya ini.

Segi analisis pula, karya ini agak seimbang di mana pengkarya menggunakan ruang dengan efektif dan tidak berat sebelah. Karya ini terdapat pelbagai warna iaitu terdapat warna kontra diantara bangunan yang berwarna hitam dengan latar belakang yang berwarna putih dan juga warna harmoni di antara tulisan. Selain itu, karya ini juga terdapat unsur penegasan di mana pengkarya mengutamakan atau menegaskan tulisan berbanding dengan latar belakang iaitu bangunan kedai.

Interpretasi pula, karya ini hendak memperkenalkan kedai makan yang bernama Nescafe, Petronas, dan Camel. Kemungkinan karya ini terdapat banyak warna adalah disebabkan pengkarya hendaklah menunjukkan kedai makan ini terdapat banyak makanan yang enak dan minuman yang sedap seperti Nescafe.

Pertimbangan pula, karya cetakan sutera saring ini dapat menyampaikan idea pengkaya, tetapi penggunaan warna atau kombinasi warna yang digunakan oleh pengkarya adalah tidak sesuai terutama dalam tulisan kedai makan, sekira tidak diperhatikan dengan betul, tulisan ini seumpama tidak wujud.


Tema : Fly Away, No 3
Tahun : 1983
Pengkarya : Juhari Mohd Said
Size : 54.5 x 72.5 cm
Seniman merupakan seniman Malaysia yang amat popular dalam bidang cetakan dan beliau pernah dianugerahkan sebagai Geran Penyelidikan Seni cetak di Tokyo pada tahun 1994. Karya di atas yang bertemakan “Fly Away” merupakan satu karya yang menggunakan motif serangga sebagai motifnya.
Motif yang terdapat dalam karya ini tidak dicetak dengan bentuk yang asal tetapi ia menggunakan gabungan rupa untuk menghasilkan bentuk yang seakan-akan bentuk serangga. Selain itu, seniman ini juga menggunakan warna harmoni, kominasi warna yang mempunyai keserasian dan tepat ini menyebabkan serangga ceria kelihatan. Di samping itu, dalam karya ini juga, seniman hanya berfokuskan bentuk serangga sahaja sehingga serangga ini menjadi penegasan dalam karya ini.
Pada pandangan saya, seniman ini hendak menyampaikan mesej bahawa keunikan bentuk dan reka bentuk serangga dengan mengetengahkan struktur bentuk serangga. Selain itu, menerusi karya ini, seniman ini juga hendaklah menyampaikan mesej bahawa kita haruslah menghargai serangga ini daripada kepupusan. Hal ini dapat dilihat apabila seniman ini mengetengahkan isu ini dan menjadi serangga ini sebagai subjek matter serta tajuknya bertemakan ‘fly away’ yang melambangkan hari khiamat akan sampai
Pertimbangannya, karya ini dapat dilihat secara jelas ialah seeokor serangga, tetapi rupa serangga yang dihasilkan agar kabur dan kurang jelas apakah jenisnya serangga ini. Rentetan itu, pemerhati agar sukar untuk membuat interpretasi yang jelas, maka karya ini agar sukar untuk menyampaikan mesej.


Tema : Sawah Ring
Tahun : 1978
Saiz : 103.5 x 86 cm
Pengkarya : Ismail Latiff

Ismail Latiff merupakan seniman yang amat popular di Malaysia, karya cetakan sutera saring beliau yang bertemakan Sawah Ring iaitu karya di atas merupakan karya cetakan yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2008.

Karya ini merupakan karya jenis aliran Ekspressionisme. Dominasi warna yang digunakan dalam karya ini ialah warna hijau dan kuning. Kombinasi warna ini telah menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini. Karya ini seolah-olah merupakan gabungan dua bentuk iaitu segi empat dengan bulatan. Selain itu, karya ini juga terdapat unsur pencahayaan di mana bahagian kiri adalah lebih cerah berbanding dengan kanan yang lebih gelap. Unsur perspektif juga dapat dikesan melalui bulatan dan juga garisan. Objek yang semakin dekat lebih besar berbanding dengan objek yang berjauhan.

Interpretasinya, pengkarya hendak membawa mesej bahawa musim padi sudah sampai, musim ini amat berharga dan penting kepada tuannya. Kepentingan ini seperti Ring yang harganya sangat bernilai dan tinggi.
Kesimpulannya, pengkarya ini memang berjaya menyampaikan mesej walaupun sukar untuk menginterpretasikannya.

Read More

Kritikan karya cetakan luar negara




Tema : Queen Margrethe II of Denmark
Tahun : 1985
Saiz : 39.4 x 31.5 in (100 x 80 cm)
Pengkarya : Andy Warhol
Harga : $168,000
Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran 4 warna iaitu merah muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu Margrethe II of Denmark. Karya ini memaparkan komposisi bentuk Ratu yang sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyaklah dari segi warna sahaja.

Analisis pula, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian rambut dan rantai. Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat memperlihatkan kehebatan dan ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu. Karya ini juga mempunyai unsur keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang serta berat sebelah.

Interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop art dan beliau suka merakamkan watak-watak yang popular, maka kemungkinan karya ini hendak menunjukkan kewibawaan Ratu yang amat popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan hormat Ratu ini.

Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan tokoh dan popularity Ratu di Denmark itu.


Tema : Blue/ Red
Tahun : 1983
Saiz : 23 x 23inc (58.5 x 58.5cm)
Pengkarya : Victor Vasarely
Edisi : 267

Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan rupa geometri iaitu rupa bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni yang dinamakan sebagai blue and red. Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan, ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan titik-titik bulatan.

Pengkarya ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan yang pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang besar. Bulatan yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau dikenali sebagai ilusi pergerakan. Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna merah dan biru. Kedua-dua warna ini memberi kesan kontra, hak ini kerana kedua-dua warna ini melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas. Selain itu, kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan disusun dengan teratur juga dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini.

Karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman, seseorang perngkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam satu karya sahaja, tetapi pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah hasil seni.

Kebijaksanaan pengkarya ini yang menggunakan rupa segi bulatan dan dikombinasikan dengan warna sejuk dan warna panas telah berjaya menyampaikan mesejnya. Keperihatinan dan ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya yang istimewa dan sudah memikat hati saya untuk menghasilkannya.



Tema : The Kiss
Tahun : 1897-1898
Pengkarya : Edvard Munch
Saiz: 59 x 45.7 cm
Karya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus.

Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkang-bengkok.

Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi.

Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang kekasih.


Tema : Eight Heads
Tahun : 1922
Pengkarya : Maurits Corn elis Escher
Saiz : 32.5 x 34 cm
Koleksi : Cornelius Van S.Roosevelt Collection
Karya ini menunjukkan lapan muka manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat watak sampingan sama ada muka manusia dibuat secara dalam bentuk menegak atau terbalikkannya. Tetapi watak sampingan yang dihasilkan oleh pengkarya ini adalah sama dan yang berbaza adalah posisi kedudukan sahaja.

Karya ini merupakan satu karya yang rumit dan terdiri daripada pelbagai elemen garisan. Pengkarya ini menggunakan ruang secara maksimum dan efisien. Selain itu, rupa manusia yang disusun pada jarak yang sama dan rupa menghala ke arah yang sama juga dapat menghasilkan keadaan harmoni pada karyanya. Di samping itu, karya ini juga terdapat unsur keseimbangan. Unsur keseimbangan yang ada ialah imbangan tidak simetri. Hal ini kerana kedua-dua bahagian rupa yang diukir adalah berlainan atau tidak seimbang.

Interpretasi pula, karya ini hendak menunjukkan bahawa dunia ini terdapat pelbagai bangsa dan buudaya serta kuasa yang terdapat pada manusia juga adalah berbeza. Ada yang amat berpengaruh yang dilambangkan dengan bahagian muka yang besar, manakala juga terdapat rakyat biasa yang tidak ada kuasa yang dilambangkan dengan rupa manusia yang kecil. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak ini seumpama satu ayunan pergerakan, kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting dan perlu saling tolong menolong demi mancapi hasratnya.

Pertimbangannya, karya ini merupakan karya yang menarik tetapi terdapat banyak isi tersirat di dalamnya. Ia bergantung kepada pemerhati untuk mentafsirkannya.


Tema : The Great Wave of Kanagawa
Tahun : 1832
Pengkarya : Hokusai
Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.

Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang.

Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya.

Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.

Read More

Cetakan Tamadun China



Negara China merupakan Negara yang paling awal menggunakan cetakan iaitu pada abad ke-7 Masihi dan merupakan satu ciptaan budaya China yang penting. Tetapi tahun sebenar tentang bilanya seni cetakan di Negara China mula wujud dan masih lagi diperdebatkan dalam kalangan ahli akademik kerana tiada bahan artifak atau peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang telah dijumpa. Namum bergitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek perkembangan sosial, budaya, dan bukti dokumen yang releven untuk dikaitkan. Secar pandangan dan pemikiran kasar, cetakan kayu mula digunakan dalam Dinasti Sui (581-518) dan menjadi popular dalam Dinasti Tang. Walaupunn cetakan ini popular, tetapi kebanyakan rekod dokumen tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti Tang (618-607) masih sukar dipersembahkan.

Mahadharani Sutra (discovered in Kyongju, South Korea, Chinese. Printing of the Tang)

Cetakan pada pertengahan dan akhir pemerintahan Dinasti Tang

Pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Tang, cetakan telah menjadi semakin popular sejak awal penciptaa. Keadaan ini boleh dilihat menerusi buku ajaran Buddha yang telah menggunakan cetakan secara aktif, dan juga ajaran Taoisme.

Diamod Sutra of 868 (dijumpai di Dunhung)
Pusat perkembangan cetakan juga semakin berkembang iaitu dari ibu negari di Chang’an dan Louyang (ibu negeri wilayah timur) sehingga ke tempat seperti Sichuan, Huainan, dan Dunhuang. Tempat-tempat inilah yang membawa kepada perkembangan seni cetakan.

Esoteric Dharani Scriptures (discovered in Dunhuang Tang)

Cetakan di Liao, Barat Xia dan Jin
Sezaman dengan Dinasti Song yang telah menjadi ikutan cara hidup etnik minoriti di Liao, Barat Xia dan Jin, cetakan di kawasan ini juga sama dengan kawasan di tengah dan Selatan China. Dalam Tahun 1991, 9 jilid ayat-ayat suci Buddha yang bertajuk Propitiousness telah tersebar ke merata tempat di Kouhenenxu. Tulisan tersebut telah ditulis dalam bentuk simbol dan tulisan daripada Barat Xia dan dibatasi dengan mengikut motif rama-rama. Karya ini telah dijumpai di kawasan Pagoda di Baishigou yang terletak di negeri Helan, Ningxia, wilayah Auton-omous. Ahli arkeologi dan pakar telah menjelaskan bahawa jilid ini telah dicetak di sekitar tahun di Barat Xia iaitu setengah abad dalam abad ke-21 dengan menggunakan kayu jenis mudah alih. Ayat-ayat suci ini telah menduduki tempat terpenting dalam sejarah cetakan China.

Cetakan pada Dinasti Yuan
Satu perubahan besar telah berlaku ke atas teknik cetakan ketika Dinasti Yuan (1271-386). Pencapaian terbesar dalam teknik cetakan adalah inovasi dalam teknologi cetakan kayu mudah alih yang dihasilkan oleh Wang Zhen. Beliau telah mengupah orang untuk mengukir papan kayu mudah alih ini dan kemudian beliau mereka cipta sebuah plat untuk menyimpan papan cetak tersebut mengikut permintaan semasa.
Selain itu, beliau juga menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkan mesin cetak untuk mencetak buku. Namun bergitu, sebelum Wang Zhen , sesetengah masyarakat juga telah mempelopori kaedah ini.

Cetakan dalam Zaman Dinasti Ming
Zaman Dinasti Ming ( 1386-644_ merupakan zaman kegemilangan dalam seni cetak di Negara China. Antara kecemerlangan ialah :
1) Semua jenis cetakan yang digunakan sebelum wujudnya dinasti Ming seperti woodblock, wood movable type, metal movable type, whole metal plates, and techniques of multi-colour printing telah diguna dan diaplikasi dalam dinasti Ming.
2) Kertas, dakwat, dan papan kayu yang digunakan dalam Dinasti ini adalah lebih berkualiti dan lebih standard berbanding dahulu.
3) Jenis-jenis dan siri cetakan yang dihasilkan juga mencapai tahap yang tertinggi dalam sejarah. Bukan sahaja mencetak buku traditional, tetapi ia juga menguna secara meluas dengan mencetak bahan sejarah, filasofi, majarah dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.
4) Perubahan dalam gaya cetakan. Dinasti ini telah menghasilkan karya yang lebih cantik dan karya Dinasti Song menjadi lebih berkualiti dan digunakan secara meluas.
5) Karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan telah mempunyai warna dan ini sekali gus menambah nilai estetik pada karyanya. 

Shi Zhu Zhai Book on the Art of Painting (A coloured book printed by Hu Zheng Yan
in the Ming Dynasty)

Letter-designs of the Sunglo Studio (colour printing with blind stamping)


Cetakan Zaman Dinasti Ding

Satu lagi kemuncak cetakan di Negara China ialah Dinasti Qing (1644-911). Pada dinasti ini, skala pencetakan dilakukan secara meluas, bukan sahaja berkembang meluas dalam modal tetapi juga berkembang dalam serantau China. Pada masa itu, rangkaian-rangkaian, pencetak-pencetak swasta dan bengke-bengkel juga telah dibangunkan. Oleh itu, pelbagai penerbitan juga bertambah dengan adanya banyak bengkel yang didirikan sama ada pihak ataupun kerajaan. Disebabkan ini juga, Dinasti ini telah mengatasi kesemua dinasti Cina sebelumnya dalam soal kuantiti dan jenis-jenis penerbitan.

Spring Festival Picture by Yang Liu Qing, Tianjin

Spring Festival Picture, Beijing

Dragon Tripitaka
(Engraved and printed by the Imperial Household in the 13 year of the Yong Zheng
Reign )

Read More

Cetakan Tamadun Jepun



Cetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya, cetakan dibawa masuk seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik telah berkembang maju pada pertengahan abad ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19.

Perkataan “Ukiyo” berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalag tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. “ e” pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar tentang persembahan teater, testoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan.

Pada tahun 1650, ilustrasu buku cetak dari blok kayu pertama telah dihasilkan oleh Ise Mongatari. Pada awalnya, hasil karya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang dikeluarkan. Tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku telah menghasilkan poster, iklan persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki ( drama tradisi Jepun).

Tōshūsai Sharaku – Otani Oniji II, dated 1794 .
The Kabuki actor Otani Oniji II in the role of Yakko (manservant) Edobe.
Secara amnya, mereka membuat poskad dengan menggambarkan kehidupan seharian. Pada awal abad ke-18, cetakan telah menambah kualiti dari segi kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai. Selain itu, teknik cetakan juga bertambah moden. Pada awalnya, cetakan yang berwarna akan dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18, Okumara Masanobu ( penerbit & pelukis ) telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah. Seniman iaitu Suzuki Harunobu merupakan tokoh cetakan yang cemerlang dan beliau terkenal di Edo . Beliau dapat menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya yang sungguh menarik. Kecantikan ukiyo-e’ hanya dapat dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana Perry ke Jepun 1854 selepas dasar ‘ buka pintu’. Malangnya banyak hasil karya ukiyo-e telah rosak akibat gempa bumi, kebakaran dan keusangan.

Shunga merupakan karya seni yang bergaya ukiyo-e ( karya di atas). Lukisan beliau biasanya berkait dengan adegen percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573) dan dipengaruhi oleh pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan “ enpon”. Selain itu, karyanya juga dalam bentuk gulungan yang dinamakan “kakemono-e”. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto terdiri daripada warna yang lebih kaya jika dibandingkan dengan karya Edo. Hal ini kerana karyanya menggunakan “gofun” iaitu sejenis bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan hingga menjadi pigmen yang beraneka warna.

Ketika era pemerintahan Kaei (1845-1854), banyak kapal pedagang asing datang ke jepun untuk membuat urus niaga. Oleh sedemikian, seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami transformasi terutama dari segi budaya.

Selepas itu, diikuti pula dengan zaman keagungan Meiji iaitu disekitar tahun 1868, pada masa itu, negara Jepun sedang mengamalkan dasar terbuka kepada bahan import seperti hasil fotografi yang telah menggantikan seni Ukiyo-e secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun juga berlaku dalam era ini. Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan menjumpai kertas cetakan ini, keras itu telah menjadi sumber ilham penting kepada pengksrya-pengkarya daripada aliran impresionisme, kunisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh, James Abbott, McNeil Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali sebagai Japonisme di Barat.

Read More