Best Blogger Template

Proses Penghasilan karya cetakan Sutera Saring



1. Persediaan membentuk imej
Proses untuk membentuk imej dalam cetakan ini merupakan satu elemen yang sangat penting. Imej yang dihasilkan mestilah berwarna hitam dan putih. Semakin halus imej yang digunakan, maka semakin realistik dan semakin cantiknya karya yang akan dihasilkan. Untuk menghasilkan gambar yang berwarna hitam putih, pengkarya boleh menggunakan pelbagai softway atau pengisisan komputer seperti adobe Illustrator, Coral Draw dan Photoshop. Selain menggunakan pengisian komputer, pengkarya juga boleh menggunakan cara manual iaitu pengkarya lukis atas kertas putih dan tekap atas tracing paper dengan menggunakan marker hitam.

2. Proses menyediakan photo emulsion
Dalam proses membuat cetakan ini, pengkarya hendaklah menyediakan 3 bahan asas iaitu photo emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada photo emulsion) dan Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silscree yang tidak terkena dengan photo emulsion). Selepas belas photo emulsion telah dibuka, maka ia boleh bertahn sehingga 6 bulan dan 3 bulan jika dicampur dengan sensitizer. Sekira bekas photo emulsion yang terbuka ini terdedah dengan cahaya, maka photo emulsion itu akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

3.Proses Coating sutera saring
Dalam proses ini, pengkarya hendaklah memastikan proses ini tidak terdedah dengan cahaya. Selepas itu, pengkarya juga hendaklah memastikan silkscreen yang dihasilkan adalah bersih dan menyapukan photo emulsion yang telah disediakan dengan menggunakan squeegee atau alatan khas (scoop coater) untuk meratakannya. Setelah selesai proses ini, blok silkcreen tersebut hendaklah dikeringkan di tempat yang tidak bercahaya supaya photo emulsion yang disapu tidak rosak akibat pancaran cahaya. Emulsion yang disapu hendaklah di bahagian tengah blok dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses permukaan lain semasa proses pengeringan supaya proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar

4. Proses penetapan masa dedahan cahaya (Expose)
Proses ini adalah untuk memindahkan imej ke atas silkscreen yang telah siap disapu dengan photo emulsion. Langkah pertama untuk proses ini ialah pengkarya hendaklah lekatkan atau letakkan imej di bahagian hadapan blok sutera saring. Selepas itu, membuat expose gambar, kebiasaan untuk proses ini mengambil masa selama 190 saat. Walaubagaimanapun, penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza, ia bergantung dengan jenis photo emulsion, cara bancuhan dan campuran, jenis lampu yang digunakan dan kejelasan imej.

5. Proses menanggalkan photo emulsion
Setelah membuat exposes gambar, langkah seterus ialah menanggalkan photo emulsion, proses ini memerlukan semburan air untuk menanggalkan bahagian photo emulsion yang hendak dicetak. Photo emulsion yang terdapat di bahagian hitam akan tanggal selepas proses mencuci sutera saring. Selepas mencuci, biarkan blok itu kering sebelum membuat cetakan. Jika berlaku kerosakan imej semasa proses mencuci, pembuat hendaklah mencuci kesemuanya supaya imej yang dihasilkan lebih sharp dan tidak kekurangan bahagian-bahagian tertentu. Sekira photo emulsion tidak boleh ditanggalkan, maka gunakan photo emulsion remover atau menggunakan Clorox (kemungkinan silkcreen tidak tahan lama dengan gunakna cara ini) untuk menanggalkan photo emulsion.

6. Proses penampalan tape
Proses penampalan tape adalah berfungsi untuk menutup lubang yang tidak ditutup
dengan photo emulsion dan untuk menggelakkan warna menembusi bahagian yang tidak mahu dicetak.

7. Proses mencetak imej

Selepas menjalani kesemua proses di atas, pengkarya sudah boleh mencetak karya.
Semasa membuat cetakan pengkarya hendaklah berhati-hati supaya imej yang. Dicetak tidak lari terutama bagi layer kedua, tiga dan empat.

8. Proses menanggalkan warna dari blok silkscreen
Selepas membuat cetakan jangan membiarkan warna berada terlalu lama di atas kain sutera saring. Hal ini kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian lubang kain sutera saring. Oleh itu, untuk memastikan masalah ini tidak wujud, langkah terbaik ialah terus membasuh aau mencuci dengan photo emulsion remover setelah proses mencetak, bergitu juga dengan squeegee dan alatan yang berkaitan. Selepas mencuci, jemur blok sehingga kering. Kesemua proses ini diulangi sehingga siap keempat-empat layer.

One Response so far.

  1. mana boleh dapat Foto Emulsion (FE) dan Sensitizer (S)?? Hardener pulak bila nak guna? bancuh sekali ngan FE+S ke??

Leave a Reply