Best Blogger Template

Karya cetakan

Loading...

video tentang cetakan

Loading...

Jenis-jenis cetakan


(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj


(b) Cetakan Stensil atau Skrin

• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang
kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan
pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.


(d) Cetakan Benaman (Intaglio)

• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di
atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di
dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu
dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)


(e) Cetakan Gurisan Asid

• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui
boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang
menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya
utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan
sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
• Kaedah yang paling awal digunakan.
• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan
pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan,
propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan
lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik
ini.

(above: Edward Jansen, Railroad Bridge, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.47)

(above: Minnie Lois Murphy (American, 1901 - 1962), Election Night, ca. 1935 - 1937, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.17)

(g) Cetakan Lino

• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino
manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.


(h) Cetakan Lithografi

• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya
mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna
di atas permukaan kertas.
• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring


(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau
diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian
yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna,
kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang
sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

2 Responses so far.

  1. maaf bertanya, adakah cetakan pada ubi kentang atau sayur-sayuran termasuk dalam cetakan timbulan?

  2. Terima kasih untuk maklumat yang sangat berguna ini.Mohon keizinan untuk mengambil maklumat di sini sebagai bahan bagi folio PSV saya. ^_^

Leave a Reply