Best Blogger Template

Pengenalan Cetakan



Di Malaysia, karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan sudah tidak asing lagi dan tidak dapat dinafikan juga bahawa seni cetak ini merupakan seni lukis yang popular di kalangan pelukis sama ada di dalam Negara atau di luar Negara.

Cetakan dapat didefinasikan sebagai proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan atau proses menekap huruf dan gambar di atas kertas, kain dan di dinding. Dalam penghasilan karya cetakan, permukaan blok akan diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dipindah dan dicetak di atas kertas, atau bahan lain. Cetakan yang biasa dihasilkan adalah menggunakan pelbagai teknik dan media. Teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan atau relif, cetakan planograf atau litografi, dan cetakan sutera saring. Manakala media yang biasa digunakan adalah syelek, lino, lekar dan media campuran, lino, lekar dan media campuran.

Keistimewaan seni cetakan ialah blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut sebagai edisi. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.
Kebanyakan pelukis atau pengkaryanya suka menghasilkan karya cetakan sendiri dengan cara untuk memikir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri. Hal ini kerana mereka boleh mendapat kefahaman secara mendalam dan ingin mengalami keseronokan serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakannya. Pengalaman yang semakin banyak bukan sahaja dapat keseronokkan dan pengalaman, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran yang tinggi serta dapat mencipta karya dengan penggunaan pelbagai alat, media dan teknik. Rentetan itu, para pelukis dapat menggunakan sepenuhnya sesuatu media dalam mencipta karya-karya yang bermutu tinggi dan nilai estetik sesuatu karya juga dapat meningkat.

One Response so far.

  1. Unknown says:

    bagaimana menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk buat cetakan berulang yang menarik, ada contoh?

Leave a Reply