Best Blogger Template

Proses Penghasilan karya cetakan kayu

1 Proses menyapu minyak ke atas permukaan kertas

Setiap aktiviti atau pembuatan mesti ada proses, bergitu juga dengan cetakan blok kayu. Dalam proses mencetak, ia mesti melalui beberapa proses, proses pertama merupakan proses menyapu minyak di atas permukaan kertas untuk proses yang selanjutnya iaitu proses menekap. Fungsi menyapu minyak adalah kerana hendak mendapatkan kesan lut sinar pada bahagian atas kertas supaya ia membolehkan objek-objek di dalam kertas tersebut disalin semula ke atas permukaan papan lapis.
Sebelum proses menyapu minyak masak, minyak masak haruslah dicampur dengan Turpentine supaya minyak tersebut dapat kering dengan lebiih cepat selepas disapu. Sapuan minyak masak haruslah disapu di bahagian belakang kertas yang tidak dicetak supaya karbon pada gambar tersebut tidak tertanggal atau hilang.

2 Proses mengukir.

Proses seterusnya ialah proses mengukir, menebuk, memahat permukaan papan yang ingin dibuang. Bahagian permukaan yang berwarna putih akan dibuang dengan menggunakan pahat dan juga pisau wali. Semasa proses memahat, kita perlu berhati-hati supaya permukaan papan yang ingin ditinggalkan tidak tertanggal dari permukaan papan tersebut. Proses ini merupakan satu proses yang rumit dan perlukan kesabaran yang tinggi.

3 Proses menggelek dakwat

Sebelum proses mencetak, permukaan papan lapis yang telah diukir haruslah dibersihkan dahulu dengan menggunakan berus. Keadaan ini bertujuan supaya permukaan papan tidak mempunyai habuk atau serpihan yang tertinggal di permukaan. Serpihan yang tertinggal di atas permukaan papan tersebut boleh meninggalkan kesan.Semasa proses menggelek warna, dakwat lino haruslah digelek beberapa kali di atas permukaan kaca sehingga warnanya rata dengan menggunakan Roller dan kemudiaannya diigelekkan ke atas permukaan blok kayu pencetak. Dakwat lino tersebut perlu mengelek keseluruhan bahagian blok kayu yang hendak dicetak.

4 Proses mencetak

Selepas proses mengelek dakwat lino di atas permukaan blok kayu, kertas (rich paper) diletakkan di atas blok kayu pencetak tersebut untuk tujuan mencetak. Di samping proses meletak kertas, kita juga haruslah memerhatikan kertas rich paper, kertasnya haruslah bersih dan diletakkan dengan seimbang di atas papan tersebut manakala bahagian lebihan kertas akan dipotong dengan ukuran yang tertentu. Setelah selesai meletak kertas, langkah seterusnya adalah mengosok, iaitu supaya semua bahagian yang hendak dicetak terkenal dengan warna yang rata supaya hasil karyanya cantik dan berkualiti.

5 Proses Mengangkat kertas


Selepas membuat gosokkan terhadap kertas, proses seterus ialah proses mengangkat dan menjemur.

Leave a Reply