Best Blogger Template

Kritikan Karya cetakan Tempatan


Tema : Brobak Birds Competition
Tahun : 1966
Pengkarya : Tan Tee Chie
Size : 48 x 63 cm
Tan Tee Chie merupakan seniman cetakan yang popular sejak permulaannya seni cetak di Malaysia. Misalnya karya cetakan di atas yang bertemakan “Brobak Birds Competition” iaitu Pertandingan burung-burung Brobak. Karya ini adalah berdasarkan tema kebudayaan dan suasana pertandingan burung-burung brobak di sesebuah kampung. Karya ini terdapat ramai peminat burung brobak yang sedang menyaksi pertandingannya, terdapat juga banyak burung brobak serta tiang-tiangnya.

Karya ini terdapat pelbagai jenis garisan iaitu garisan nipis, tebal, titik, melengkung, dan melintang. Kesemua garisan ini dapat memberi kesan ilusi dalam ruang yang terbuka dan dapat menimbulkan bentuk. Selain itu, unsur perspektif satu titik lenyap juga dapat dilihat menerusi karya ini, yakni objek yang berada di bahagian depan iaitu penonton dan juga peserta kelihatan lebih besar, manakala objek yang berjauhan kelihatan lebih kecil. Di samping itu, karya ini juga dipengaruhi dengan aliran Romantisme, yakni terdapat sepohon pokok yang kelihatan besar sedangkan objek yang berdekatan kelihatan kecil sahaja dan ini sekali gus terdapat unsur kontra dalam karyanya.

Segi interpretasi pula, seniman ini hendak menyampaikan keadaan atau suasana pertandingan burung-burung Brobak di sesebuah kampung, seniman ini juga menghasilkan karya yang bersifat dekoratif sehingga ia dapat menunjukkan keharmonian hidup dan keunikan alam sekitar yang terdapat di kampung. Selain itu, seniman juga hendak menyampaikan mesej bahawa masyarakat di kampung itu minat membela burung brobak sehingga ia dapat menjadi satu aktiviti kampung serta menjadikannya sebagai satu pekerjaannya.

Dari segi pertimbangannya, formalism yang wujud berasaskan kemeriahan pertandingan yang turut dihadiri dengan ramai penonton dan suasana harmoni yang terdapat di kampung. Oleh itu, seniman ini memang berjaya menyampaikan mesej.


Tema : Kedai Makan, Nescafe, Petronas dan Camel
Tahun : 2009
Saiz : 24” x 35”
Pengkarya : Azian Tahir

Karya ini menunjukkan sebuah kedai makan yang bertingkat dua. Di samping dari segi visual imej, karya ini juga terdapat banyak tulisan iaitu Kedai makan, Nescafe, Petronas, dan Camel yang merupakan tema karya ini.

Segi analisis pula, karya ini agak seimbang di mana pengkarya menggunakan ruang dengan efektif dan tidak berat sebelah. Karya ini terdapat pelbagai warna iaitu terdapat warna kontra diantara bangunan yang berwarna hitam dengan latar belakang yang berwarna putih dan juga warna harmoni di antara tulisan. Selain itu, karya ini juga terdapat unsur penegasan di mana pengkarya mengutamakan atau menegaskan tulisan berbanding dengan latar belakang iaitu bangunan kedai.

Interpretasi pula, karya ini hendak memperkenalkan kedai makan yang bernama Nescafe, Petronas, dan Camel. Kemungkinan karya ini terdapat banyak warna adalah disebabkan pengkarya hendaklah menunjukkan kedai makan ini terdapat banyak makanan yang enak dan minuman yang sedap seperti Nescafe.

Pertimbangan pula, karya cetakan sutera saring ini dapat menyampaikan idea pengkaya, tetapi penggunaan warna atau kombinasi warna yang digunakan oleh pengkarya adalah tidak sesuai terutama dalam tulisan kedai makan, sekira tidak diperhatikan dengan betul, tulisan ini seumpama tidak wujud.


Tema : Fly Away, No 3
Tahun : 1983
Pengkarya : Juhari Mohd Said
Size : 54.5 x 72.5 cm
Seniman merupakan seniman Malaysia yang amat popular dalam bidang cetakan dan beliau pernah dianugerahkan sebagai Geran Penyelidikan Seni cetak di Tokyo pada tahun 1994. Karya di atas yang bertemakan “Fly Away” merupakan satu karya yang menggunakan motif serangga sebagai motifnya.
Motif yang terdapat dalam karya ini tidak dicetak dengan bentuk yang asal tetapi ia menggunakan gabungan rupa untuk menghasilkan bentuk yang seakan-akan bentuk serangga. Selain itu, seniman ini juga menggunakan warna harmoni, kominasi warna yang mempunyai keserasian dan tepat ini menyebabkan serangga ceria kelihatan. Di samping itu, dalam karya ini juga, seniman hanya berfokuskan bentuk serangga sahaja sehingga serangga ini menjadi penegasan dalam karya ini.
Pada pandangan saya, seniman ini hendak menyampaikan mesej bahawa keunikan bentuk dan reka bentuk serangga dengan mengetengahkan struktur bentuk serangga. Selain itu, menerusi karya ini, seniman ini juga hendaklah menyampaikan mesej bahawa kita haruslah menghargai serangga ini daripada kepupusan. Hal ini dapat dilihat apabila seniman ini mengetengahkan isu ini dan menjadi serangga ini sebagai subjek matter serta tajuknya bertemakan ‘fly away’ yang melambangkan hari khiamat akan sampai
Pertimbangannya, karya ini dapat dilihat secara jelas ialah seeokor serangga, tetapi rupa serangga yang dihasilkan agar kabur dan kurang jelas apakah jenisnya serangga ini. Rentetan itu, pemerhati agar sukar untuk membuat interpretasi yang jelas, maka karya ini agar sukar untuk menyampaikan mesej.


Tema : Sawah Ring
Tahun : 1978
Saiz : 103.5 x 86 cm
Pengkarya : Ismail Latiff

Ismail Latiff merupakan seniman yang amat popular di Malaysia, karya cetakan sutera saring beliau yang bertemakan Sawah Ring iaitu karya di atas merupakan karya cetakan yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2008.

Karya ini merupakan karya jenis aliran Ekspressionisme. Dominasi warna yang digunakan dalam karya ini ialah warna hijau dan kuning. Kombinasi warna ini telah menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini. Karya ini seolah-olah merupakan gabungan dua bentuk iaitu segi empat dengan bulatan. Selain itu, karya ini juga terdapat unsur pencahayaan di mana bahagian kiri adalah lebih cerah berbanding dengan kanan yang lebih gelap. Unsur perspektif juga dapat dikesan melalui bulatan dan juga garisan. Objek yang semakin dekat lebih besar berbanding dengan objek yang berjauhan.

Interpretasinya, pengkarya hendak membawa mesej bahawa musim padi sudah sampai, musim ini amat berharga dan penting kepada tuannya. Kepentingan ini seperti Ring yang harganya sangat bernilai dan tinggi.
Kesimpulannya, pengkarya ini memang berjaya menyampaikan mesej walaupun sukar untuk menginterpretasikannya.

One Response so far.

  1. apa itu burung brobak?

Leave a Reply