Pada awalnya, karya-karya seni cetak di Malaysia banyak menggunakan teknik potongan kayu. Misalnya, karya yang bertemakan “ Awaiting” iaitu hasil karya Tan Tee Chie dan “Pertunjukkan Boneka “ oleh Lim Mu Hue. Kebiasan hasil karya mereka adalah mengambil idea iaitu subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta lanskap sebagai sumber idea.
Selepas itu, wujud pula seniman seperti Abdul Latif Mohidin dan Lee Joo For dengan karya cetakan yang menggunakan teknik gurisan asid mujarad pada pertengahan 1960-an. Kemudiaannya diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K.Sabapathy menerusi karya yang menggunakan teknik cetakan monotaip. Pada masa itu juga terdapat beberapa seniman yang terkenal seperti Long Thien Shieh, Ibrahim Ismail, dan Lee Kian Seng.
Pada masa itu, seni cetak hanyak berperanan sebagai aktiviti sampingan dan karya yang dihasilkan biasanya menggunakan tema yang sama dengan catan pelukisnya. Tetapi keadaan tidak wujud lama dengan kehadiran pelukis yang semakin ramai dalam membuat karya cetakan dan seni cetak semakin popular selepas itu.
Pada akhir dekad 1960-an dan awal 1970-an, seni cetak telah diambil berat dengan kewujudan bidang pengajian khusus di Kajian Seni Lukis dan Seni reka, ITM serta di Jabatan Ilmu Kemanusiaan, USM. Kenudiannya diikuti oleh penubuhan Institusi lain seperti Institut Seni Lukis Malaysia. Menerusi Institut-institut seni ini, maka lahirlah ramai seniman cetak Negara seperti Ponirin Amin, Ismail Latiff, Mansor Ibrahim, Juhari Muhammad Said, Bahaman Hashim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.
Pada tahun 1970-an, seni cetak semakin mendapat sambutan dan perhatian. Dengan ini, seni cetak ini telah dijadikan pertandingan seperti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara dan ESSO pada tahun 1974. Pada masa itu, pemenang dalam pertandingan ini ialah Raja Zahabuddin Raja Yaacob dengan karya cetakan serigraf yang berjudul “Luar Dari yang Diketahui”. Selain aktiviti ini, pemeran-pameran seni cetak yang melibatkan seni cetak dari luar Negara seperti Jepun, United Kingdom, Perancis, dan Jerman turut diadakan di Negara ini, manakala penglibatan pelukis tempatan dalam pameran-pameran di luar Negara juga diadakan pada tahun 1991, Sejumlah karya seni cetak Negara yang impresif diperagakan di Biannale Seni Asia Kelima di Bangladesh.
Walaupun seni cetak potongan kayu secara konvensional bergitu popular pada awal perkembangan, tetapi seni cetak yang menggunakan cetakan ini semakin kurang popular apabila teknik baru ditampilkan oleh pelukis tanah air seperti cetakan Komputer oleh Ismail Zain “Kagemusha and The Wax-Resist Cape” pada tahun 1989.
Kesimpulannya, kegitan seni cetak tidak pernah terpisah dengan kronologi sejarah dan perkembangan budaya dalam konteks Malaysia. Daripada era perintis hingga ke era pluralis, para seniman seni cetak sentiasa membuat interaksi dan membuat reaksi terhadap persekitaran mereka termasuklah pengolahan stail universal estetika Islam serta pembentukan dasar-dasar Kebudayaan Kebangsaan.
info2 anda sangat berguna kerana seni cetakan tidak banyak maklumat mengenainya.... ada persoalan yg ingin sy kemukakan...
-sy ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cetakan litografi...
-di mana sy boleh rujuk maklumat2 yg lebih banyak selain di blog anda...
setakat ini maklumat berkenaan seni cetak paling banyak sy dapat di blog anda brbnding blog2 lain... tahniah... sekian
manfaat.terima kasih sudi berkongsi ilmu
Good Job Great Keep It Up good blog about
Printing Malaysiaservices and Good Job and good
Print Malaysia Blog
good info and thankyou for sharing with us
Boleh saya tau... Nama karya yang merah ini apa... Sebab.. Saya keliru. Kagemusha and The Wax-Resist Cape” ni ke namanya?